UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

Posted on admin
Undang

Undang-undang Bermain Bola Baling

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING • UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF ), Persekutuan Bola Baling Malaysia ( MHF ), Persatuan Bola Baling Sarawak ( SAHA ) dan Peraturan - Peraturan AM MSSM. • JENIS PERTANDINGAN Pertandingan berpasukan ( Lelaki dan Perempuan ) Tempoh Permainan Secara Liga Kumpulan ( Pusingan Pertama ) 20 minit setiap separuh masa permainan dengan 10 minit rehat ( 20:10:20:) Kalah Mati ( Suku Akhir, Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir ) 20 minit diberi untuk setiap masa permainan dengan 10 minit rehat (20:10:20) Masa rehat Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat ( Time Out ) sekali bagi setiap separuh masa. Pegawai dari mana-mana pasukan boleh memohon masa rehat dengan melayangkan KAD HIJAU kepada penjaga masa ( Time Keeper ) Situasi yang tidak dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah: a). Selepas bola terkeluar daripada garisan tepi gol. (own goal line or outer goal line) b) Selepas pasukannya terkena jaringan gol.